JANUARI 2024

Projek Jalan Pasi-Tanjung Manis Dijangka Siap September Depan


SARIKEI: Pembinaan projek Jalan Pasi-Tanjung Manis dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, projek berharga RM321 juta itu dibiayai Kerajaan Sarawak.

Projek meliputi jalan sepanjang 17 kilometer (km) itu melibatkan pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Batang Rajang sepanjang 1.2 km, katanya.

“Ini membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak untuk memastikan pembangunan dilaksanakan di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja perkembangan semasa projek berkenaan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berharap projek itu berjalan lancar untuk memberi manfaat kepada penduduk sekali gus membantu merancakkan ekonomi komuniti di Kuala Rajang.

GAMBAR: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

Sumber dari : Jiwa Bakti